• Home
  • Abang Wan
  • Si Rusuk Kiri
  • Support Us
    • MI Cosmetics
    • Kedai Buku Ibzanis
  • Gallery
    • YouTube Gallery
    • Downloads
Penglipur Lara

Abang Wan & Si Rusuk Kiri

Sehari di Perpustakaan Awam Selangor

Published: Saturday, 02 November 2019
Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

batch 72355675 162271071549801 4916048437834587235 n

Trip kali ni mommy cakap sejam je kita dalam ni. Taknak dorang bosan dan taknak dorang hilang fokus.

collage1
Mommy minta Auji & Anna baca buku at least 3 buah seorang.
Alhamdulillah, masing masing tekun baca sambil teman adik pusing sana sini.

Selebihnya, ada aktiviti juga kat stage. Hari ni ada DIY paper train. Best nampaknya, ibu bapa pun boleh join buat. Percuma.

Cuma kita tak join la kali ni. InsyaAllah, next time okay.

collage2

Parking pun senang, per entry RM2.
Buggy pun tak lama nak tunggu.
Dan terpaling best adalah cafe, selesa. Banyak pilihan makanan. Tempat duduk pun selesa.

Sebab kita kan ada baby, jadi cafe ni ok la untuk mommies yang bawa baby.

Mommy cadangkan kita pergi tiap minggu la sini, ok kan? 😁

Tips: ALWAYS bawa socks. Sejuk.

Bye!

Happy 12th Anniversary

Published: Thursday, 24 October 2019
Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Happy 12th!

Alhamdulillah, dapat celebrate 12 tahun - 24 Oktober tapi kami celebrate pada 28 Oktober !

Sedikit ingatan masa minum & makan kek ni,

"Awak minum air apa?"
"Nah, cuba bau.."
"Latte... hmm ke nescafe.. (sambil bau sambil rasa).. macam familiar"
"tongkat ali... muahahahhahaha"

POWER LETTEW 😜  #12thanniversary  Thank you for everything ❀️β™₯️

Tips sejauh ini:

1. Sabar, doa & tawakal

2. Terima kelebihan & kekurangan pasangan.

3. Komunikasi

4. Tanggungjawab

5. Ihsan

Semoga tahun tahun yang mendatang lebih indah !

Semoga Allah permudahkan, amin.

 

 

Tiket kapal terbang murah RM5 #AirAsiaBigSale

Published: Wednesday, 25 September 2019
Written by Si Rusuk Kiri
  • trip

Salam & Hi;

batch 69431109 519476698656144 2821614525005182379 n

...ya saya akhirnya berjaya dapat tiket flight RM5, murah sangat dah ni!

batch 69465395 737225616704857 4544786029444705350 n

Ok, sebenarnya redeem big points. Points dah nak expired, dan asyik dapat reminder email je kaann.. Cari punya cari, dapat!

batch 69379718 131295168223353 3708628276031987316 n

Macamana nak dapat AirAsia Big Points banyak banyak ? Ok, selain masa kita beli tiket kita login or daftar member, kita boleh juga tukar points beli belah kepada AirAsia Big Points.

Yang saya punya ni, saya tukar points Mydin kepada AirAsia. Masa tu boleh pergi ke customer service Mydin untuk tukar points. Yelah, dah alang alang membeli barang dapur di Mydin kita pun boleh collect points dan boleh tukar jadi points seterusnya boleh beli tiket flight murah macam ni kaaaaannn..

batch 70031573 3132554600302687 5847426766342177389 n

Masa beli ni, beli one way je. Kita book terus, janji dapat dulu tiketnya. Tiket adik pun tak beli. Of course la adik kena ikut i ke mana mana pun, dia kan breastfeed. Tak boleh la nak tinggal.

Cari tiket nak ke Langkawi, takda pulak. Nak ke JB macam takda gang pulak kat sana. Nak pergi solo trip lah kononnya.

Tanya hubby, dia cakap ambik je la balik Kuala Terengganu. Kurang kurang ada orang kat sana, hehehe.

Jadi, mari kita cuba! Ayuh jayakan!

Bye!

Cuti Hujung Minggu 2 hari 1 malam ke Baling, Kedah - Lepak di Baling Cafe

Published: Thursday, 18 April 2019
Written by Si Rusuk Kiri
  • SMmakan

Salam & Hi;

photo6156953692218173597

Please. Jika korang berkesempatan, bolehlah singgah Baling Cafe By Cpg @balingcafebycpg #balingcafebycpg

photo6156953692218173596

Serius. Semuanya kena dengan selera kami β™₯️.
.
Air sedap πŸ‘.
Makan sedap πŸ‘.
Lokasi cantik ⛰️.
Parking senang πŸ‘.
Harga berpatutan πŸ‘.
Cuma takda #slicedcake. Kalau ada mesti lagi ngam.
.
1. Air - Semua sedap especially #thaigreentea #thaiicetea
2. #chickenwings
3. #dagingbakar WAJIB cuba β™₯️.
4. #bihuntomyam
5. #nasigorengcabaikering WAJIB cuba β™₯️
6. #nasigorengkampung
7. Dalam cafe
8. Luar cafe

Punyalah sedap, masa bayar kita siap bagitau cashier, air sedap dik. Makanan pun sedap. πŸ˜‰πŸ˜Ž

photo6156953692218173594 photo6159223041268230327

 

photo6156953692218173595 photo6159223041268230329

 

 

photo6156953692218173593 photo6159223041268230328

photo6159223041268230325

Tatah!

 

 

Short getaway 3 days 2 nights #siblings ke Genting Highlands

Published: Monday, 26 November 2018
Written by Si Rusuk Kiri
  • trip

Salam & Hi

More info/details for this trip in my VLog: https://youtu.be/tzygYl1LbMY

Short getaway #siblings baru ni ke Genting Highlands.
Stay di First World Hotel.
Bilik satu malam kami dapat RM100 termasuk sales & service tax, booking melalui Agoda (kami pernah dapat RM40/RM50 per night, sila rajin mencari yer).
Kami booked 3 bilik untuk 2 malam.

Ada extra charges, RM5 sebab kami request interconnecting room for our kids dan
lagi RM5 untuk satu bilik lagi sebab nak sama floor. Ini bayar time check in.

Outdoor still tak siap lagi.
Indoor nampak macam dah nak siap.

Since indoor tu tengah renovate, semua kedai pindah atas First World Hotel (nota: ikut escalator/lif berdekatan Starbucks First World)

Kami ambil Awana Skyway (cable car) ke Genting Premium Outlet (GPO) dari First World Hotel. Convenient sangat!
RM7 sehala. Pergi balik RM14 lah yer.
Budak bawah 90cm FREE.

GPO pun tak pack macam premium outlet lain, mungkin sebab weekdays. Kena pergi lagi sebab kasut kasut kat Charles & Keith sana macam cantik cantik je πŸ™ˆ

Overall experience, best!
Makan je la a bit pricey πŸ˜…
Nak murah, dah check out singgah makan kat area Gohtong Jaya, murah la sikit dari kat atas tu..

//untunglah BabyAdik tu baru 3bulan dah sampai sana, mommy dulu umur dah 20tahun baru sampai sana 😘

 

Page 2 of 22

  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • Next
  • End

Our Latest Vid

Blog Owners

 

Where We Have Been

BALI

Trip 2018 to Bali - Makan apa di Danoya Villa ?

Trip 2018 to Bali - 4 hari 3 malam di Danoya Villa, Seminyak

Trip 2018 to Bali - Day 3, 04 Mar 2018 - JL. LEGIAN.

Trip 2018 to Bali - Day 2 - BARONG DANCE

 

TAG CLOUD

  • hotelreview
  • trip
  • SMmakan
Copyright © 2023 Shazwan.Com :: Penglipur Lara
Design and theme by JooThemes.net - Joomla Templates.