Resepi: Egg Tart Version Ahmad Shazwan (Lakisayatuhoi!!)
Salam & Hi;
Bulan puasa hari tu kami (kami tu kami suami isteri yer) sempat buat egg tart. Ewah. Biasalah bulan puasa, taste nak hebat jahhh.. ok tak. Memang sengaja nak cuba buat. Tapi more to hubby yang nak try buat sebab dia punya fav. Lagipun bulan puasa kali ni memang dia dah jadi ketua chef bahagian dessert rumah kami rumah IL dan rumah myparents, kekekeke. Ibu2 bapa2 kalau nak buat egg tart secara kerjasama ni kenalah tunggu anak2 tidur macam kami ni sampai pukul 2pagi duk makan enjoy2 senyap2 egg tart ni sambil feeling dengar lagu raya tetengahmalam, huahuahua lepas tu merasa bangga hoi kita dah buat egg tart ni hoi update terus instagram let the world knows that we dah boleh bukak kedai bakeri cap hasil tangan sendiri wakakaka
Jadi, sebelum terlupa saya minta hubby taipkan resepi olahan egg tart dia ni. Harap2 boleh buat rujukan masa depan. Inilah resepi ikhlas dari dia, sekian.
TART TELUR MKN X BERHENTI
————————–
Untuk kali ini sy, AHMAD SHAZWAN BIN IBRAHIM akan menyediakan 1 resipi yang pastinya dapat menambat hati sesiapa sahaja. Haah resipi apa tuan2 dan puan2??? YEZZAAA TART TELUR MKN X BERHENTI!!! So apa bahan2 yg diperlukan,
Bahan utk buat crust(kulit luar)
– 1 cwn majerin
– 1/2 cwn gula
– 1 telur
– 1 sudu kecil esen vanila
– 2 cwn tepung gandum (utk permulaan jer pastu tambah sampai dough tu jadi cantik, biasanya dalam 4 atau 5 cwn)
* Besar mana cawan nak guna?! Yang paling besar kat umah korang. Muahahaha…
Bahan utk buat custard
– 4 biji telur
– 3/4 gula(kalau boleh gula aising)
– 1 cwn susu cair
– 1 sudu esen vanila
– 1 cwn air kosong
*Jgn sawan plak tgk perkataan cawan ni banyak sangat.
Cara penyediaan or cara masak, pergh ayat chef abis:
-pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati
-masukkan telur dan pukul lagi
-masukkan plak vanila esen dan tepung 2 cwn
-pas semua dah masuk, uli pki tgn, tambah tepung supaya doh menjadi cantik seperti nora danish sebelum kawin. biasanya total 4@5 cwn tepung
-bila dah siap, biarkan selama 10 minit adunan td, pastu masukkan ke dalam acuan. kalau x da acuan pakai pasu bunga mama korang pon boleh.
-panas kan oven ke 180 darjah celcius, dan bake for 15-25 minit, korang pandai2 la tgk, kaler dah cantek tu maknanya ok la…
-utk custard plak,masukkan jer sekali gus, 4 biji telur(pecahkan dulu bkn dgn kulit2 skali masuk), gula, susu cair, air kosong, dan esen vanila. mixerkan semuanya.
-nak cantek masukkan sikit kaler kuning.
-kalau mat saleh dia masak custard ni, tp bila masak ada risiko telur tu akan jd ketul2 so atas korang la nak buat cam no.
biler crust dah bake ok, kuarkan dari acuan. tuang plak custard yg dah siap mix td. panaskan oven at 180 darjah celcius dan bake for another 25-35minit.
SELAMAT MELANTAK….
Cerita Raya 2013
Salam & Hi;
Raya hari Khamis kan ? Hari Isnin tu kami dah sampai di Kuala Terengganu. Tahun ni turn raya pertama di rumah hubby. Kami ni tiap2 tahun akan raya dua2 rumah cuma bezanya raya pertama di mana saja.
Tahun ni tema nya adalah hijau zamrud or emerald green. Ewah, nama color pun nak grand jahh.. padahal sama je, hijau tua. Banyak pic raya kali ni, tapi cerita lain kali lah.
Tapi saya nak selit sekali pic raya tahun2 lepas kat sini.. Hehehe senang nak tengok nanti..
Raya 2008
Raya 2009
Raya 2010
Raya 2011
Raya 2012
Semoga diberi kesempatan untuk menyambut Syawal tahun hadapan bersama keluarga lagi, amin In shaa Allah.
Tatah !
Celebrate Birthday Hubby Di Malam Raya Pertama 2013
Salam & Hi;
Tahun ni birthday kesayangan saya ni jatuh pada bulan puasa. Tak sempat nak beli kek. Siaaannn dia. Birthday mestilah wajib ada kek, baru lah birthday kan ?
Maka, sementelah semua ahli keluarga cukup korum time raya hari tu maka saya terus nak beli kek celebrate belated birthday hubby. Hope dia suka weeeeehooo. And Secret Recipe pun bagussss sangat sebab buka kedai pada raya pertama, boleh la kita beli kek.
Hope apa yang sidia impikan semua tercapai dan doakan yang best2 untuk sweety ya *pingsan*
Terimalah pic sicantikmanis ini ketika menunggu turn nak ngap kek daddy dia. Daddyyy cepatttt saya nak kekkkkk !!! Hihihihi
Cerita Bulan Puasa
Salam & Hi;
Macam dah lambat pulak nak cerita pasal bulan puasa saya. Bulan puasa tahun ni saya sepenuhnya di rumah. Seronok sebab dapat spend banyak masa dengan family especially dengan baby Anna.
Ramadhan 29 dan 28, meriah sebab semua dah mula balik beraya. Makanan pun penuh meja. Ramadhan ke 27 kami makan atas jalan je sebab dalam perjalanan ke KT. Singgah bandar AlMuktafi tu dan beli kuih muih je. Bila dah sampai baru makan nasi, tu yang tak sempat nak snap pic pun. Ramadhan 26, 25 beli kat bazar je… mood raya dah mariii.. tapi macam kebiasaan seperti tahun2 sebelumnya, hidangan sahur adalah wajib masak. Walaupun berbuka tu beli makanan di pasar ramadhan, tapi sahur saya mesti masak. Kalau nak beli pastu simpan untuk sahur memang tak sedap lah kan..
Susah ni nak susun pic makanan balik ni, maklumlah cerita bulan lepas. Yang penting, tahun ni kami berkesempatan menyambut 1 Ramadhan di Kuala Terengganu, rumah mertua dan balik awal untuk sambut 1 Syawal di sana. Ramadhan 24 kami berbuka di luar, Setia City Mall. Disebabkan tak buat apa2 reservation, dan bila tanya2 semua tempat full maka kita berbuka apa yang sempat sajalah ya. Nak tunggu sampai orang habis berbuka memang taklah kan.. dengan dua baby yang happy sangat dapat jalan and sorang lagi happy nak explore sana sini, apa yang ada kita ngap je lah. Hari ke 23 dan 22, saya masak. First time masak ikan siakap. Dan first time masak rebus style, cicah air asam kicap. Ewahh hubby puji sedap sampai ke la ni kembang semangkuk bila ingat ikan siakap ku itu. Hehehe. Hari ke 21 tu makan nasi kerabu beli kat bazar dan kuih wajib iaitu peneram. Yummy.
Hari ke 17 sampai 19, berbuka rumah parents saya. Semua pun mestilah mama yang masak. Saya tolong apa yang patut je. Hehehe. Best berbuka ramai2. Hari ke 20 berpuasa saya masak. Bulan puasa tahun ni lebih banyak berbuka di rumah. Dan tahun ni pun lebih banyak masak dari beli lauk kat luar. Ye lah selalunya tak sempat je nak masak.
Tahun ni kami sempat belajar buat nasi minyak. Sedap tu memang sedap tapi kena improve banyak lagi. Jadi lepas ni kita boleh la masak nasi minyak lagi yer. Oh, ni nasi minyak mak mertua punya style. Dan tahun ni juga hubby jadi ketua chef bahagian dessert. Dia buat egg tart and homemade ice cream. Ice cream tu dua kali dia sempat buat, sekali time balik KT, sekali kat rumah parents saya. Sedap. Next time boleh la buat untuk rumah sendiri pulak. Dan sempat juga buat ice cream goreng. Makan dengan kitkat sedapnyaaaa la haiiii..
Oklah, rasanya itu sahaja cerita bulan puasa saya. Harapnya sempat ketemu Ramadhan tahun hadapan dan perbaiki diri jadi lebih baik dan try new recipe lagi ! Yayyy ! Bye !!
Cuci Gambar Kat Photobook, Voucher LivingSocial
Salam & Hi;
Saya ada banyakkkk gambar. Dan besar jugak saiz storage hard disk nak guna.
Sampai hard disk rosak pun ada (Thank you my hubby sebab godek2 hard disk saya sampai boleh save semua benda dalam tu, yay!). Nak upload ke media social memang confirm lah saya tak percaya, nak simpan begitu sahaja.. sayang.
Jadi, bila saya dah nampak LivingSocial buat voucher sebegini:
terus cepat2 saya beli (maaf, voucher ni habis. Tak tahu lah kalau ada lagi next time. Kalau ada, cepat2 beli yer). Saya beli dua terus sebab nak cuci gambar yang pergi cuti2 tu kan, hehehe..
Yang trip ke Krabi tu saya dah cuci. Happyyyy sangat. Memang sengaja beli saiz ni, kecil dan comel. Kalau ada frame besar dan panjang macam kat UITM Shah Alam tuuu, saya nak letak semuanya kat situ.
Tapi buat masa ni takda frame, maka kita susun sajalah dalam album. Album hadiah kahwin 5tahun lepas pun tak habis guna (Thank you to those yang bagi album sebagai hadiah kahwin, berguna juga tau !)
Next project adalah cuci semua pic cuti2 China. Tak sabar. Tatah !