Trip 2018 to Bali - Day 2 - JIMBARAN
Published: Friday, 09 March 2018
Written by Si Rusuk Kiri
Salam & Hi All
Day 2, 03 Mar 2018 - JIMBARAN.

Makan di tepi laut sambil tengok sunset dan menghadap Lautan Hindi ni satu aktiviti yang saya nak buat di #Bali. Pemandangan yang cantik ?! Jadi, dalam itinerary kami wajib ada ini, aktiviti lainnya kami adjust ikut kesesuaian family dan anak anak.

---

Harga makanan ikut pakej set dan boleh juga ala carte. Untuk set dua orang, bermula dari 1juta rupiah ke atas ? manakala ala carte ikut timbang. Disebabkan tujuan asal nak makan lobster sambil bercinta tengok matahari terbenam, jadi kami ambil lobster (ikut timbang) dan tambah sotong. Kalau ambil set ada mussel, udang. Ini pun berlebih. Tapau bawa balik hotel. Oh, rempah untuk bakar sedap?! Sotong kami just order untuk goreng je.



---

Perjalanan dari Kintamani ke #Jimbaran dalam 2jam lebih. Cuma nak sampai tu sesak sikit, kereta banyak. Maklumlah, hujung minggu. Tengok 1st pic ? pun nampak ramai orang kan?

---

For info, sekitar sini takda tempat shopping. Terbantut impian sis nak shopping sambil tunggu sunset, huhuhu ? Ngam ngam sunset kami pun balik.. tak larat dah nak tunggu sampai malam, kesian kat kids aktiviti dari pagi lagi..
---

TIPS:
1. Datang awal. Dalam 5.30petang. Sebab sunset dalam 6.30petang dan kalau hujung minggu selalu penuh.
2. Kalau ada restoran pilihan hati, better masukkan dalam itinerary supaya supir tahu korang nak ke restoran mana. Kebiasaannya, supir akan bawa ke restoran yang dorang dapat komisyen. Macam kami, kami ikut je sebab takda spesifik restoran yang nak dicuba. Asalkan halal.
Sekian, nanti sambung lagi ❤️!
#jimbaranbay
#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz