Pengalaman Bersalin Baby MS
Salam & Hi
Mengandung kali ni banyak pula dugaannya. Benarlah bagai dikata, lain anak lain pengalamannya.
Kali ni tak boleh elak minum air gula, satu sebabnya adalah faktor umur dan lebih dari dua kali pulak tu kena minum. Yang terakhir kena minum tu sebab masa bulan puasa ada gula dalam urine (tak silap saya). Hmm.. banyak sangat makan tepung pelita agaknya masa berbuka ?
Masa awal awal scan, doktor bagitahu air ketuban banyak dari sepatutnya dan saya disahkan Placenta Previa tahap 1. Dirujuk ke pakar. Sempat la saya jumpa pakar 2 3 kali, alhamdulillah kali terakhir check up dengan doktor pakar tu dia bagitahu semuanya dah ok, uri dalam keadaan yang sepatutnya.
Kami akhirnya sepakat memilih untuk bersalin di KPJ. Kebetulan berdekatan dengan rumah. Dan lagi menyenangkan hati saya adalah doktor yang sama waktu melahirkan Anna 6 tahun dulu, cuma kali ni di hospital yang lain.
Sehari sebelum bersalin (birthday suami/Daddy!), doktor bagitahu baby dah makin besar dalam perut. Setelah doktor menerangkan apa yang akan jadi jika normal ataupun csect dan banyak komplikasi yang ada dan mungkin terjadi, doktor cadangkan untuk saya bersalin melalui c-sect atau pembedahan keesokkan harinya.
Dengan keadaan separa bersedia, saya tawakal saja untuk dibedah. Suami pun banyak bagi sokongan dan menenangkan hati saya. Sebelum ditolak masuk bilik bedah, sedihhhh sangat. Saya takut mana tahu kot kot itulah kali terakhir saya berjumpa Auji, Anna dan suami. Sedihhhhnya perasaan itu. Eh sedihla bila ingat balik. Dengan Auji yang menangis (ya anak lelaki saya itulah yang menyejukkan hati dan selalu saja mudah tersentuh dengan hal macam ni, love you anak!) tengok maknya atas katil ditolak oleh nurse.
Sedih juga sebab ini pengalaman pertama saya berpantang tanpa mama (rindu mama!), tambahan pula nak kena czer. Alahaii..
Alhamdulillah, kini tempoh berpantang dah selesai. Terima kasih suami jaga saya dalam pantang. Tak sabar nak tunggu 3 bulan, konon nak mula exercise. Oh, saya juga ada ambil pakej berpantang untuk 5hari. Itu saya cerita bila berkelapangan ya.
Baby MS, we love you so much..
Trip 2018 to Bali - Makan apa di Danoya Villa ?
Salam & Hi All
Okay ini yang kami makan sepanjang di hotel. Ada yang makan untuk breakfast dan ada yang makan untuk makan petang dan makan malam.
Overall, makanan sepanjang di villa semuanya kami puashati.
Sekian, ❤️
#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz
Trip 2018 to Bali - 4 hari 3 malam di Danoya Villa, Seminyak
Salam & Hi All
Hotel ni dari airport dalam 30-40 minit. Airport transfer ? kami ambil sekali dengan tour guide. 100k rupiah/trip airport to hotel.
---
Part bilik ni memang excited sikit nak cerita ?. Ok, ini atas pandangan masing masing. Ada yang kata ambik bilik/hotel biasa biasa pun takpa, bukan duduk bilik sangat pun. Kan nak berjalan. Tapi, kami tak. Dua dua nak seiring. Berjalan sangat pun ya, nak lepak bilik sangat pun ya. Selesa yang penting ?.
---
Kriteria pertama untuk pilih bilik kami adalah: PRIVATE POOL with reasonable price. Dulu di #Lombok pun kami stay di #svargaresort juga with private pool. Kebanyakan villa di Bali ada private pool. Hotel pun banyak, cuma takda private pool la. So, this trip kami pilih #danoyavillabali
---
Boleh check price Agoda, Trivago, booking.com, etc. Banyak pilihan villa sebenarnya. Bab bilik ni selalu hubby akan survey, kami discuss and decide.
----
First 2 nights kami ambil 1 room villa. Villa ni bukan konsep macam homestay yang ada sebijik je, konsep hotel ni semua nya villa. Bawah ruang tamu, kitchen (boleh masak) dan ada satu bilik air. Atas ada 1 bilik king bed dan bath tub. Ini pun bagi kami cukup dah untuk 4 beranak. Total untuk 4hari 3malam adalah RM1500+- with breakfast. Breakfast boleh pilih & semua sedapp ?. Mula mula nak ambil extra bed, tapi charge untuk extra bed 450k rupiah/night which we think tak worth. Sebab kalau kira kira baik ambik 2 rooms villa time online booking hari tu. Atau kalau nak upgrade ke 2 rooms villa caj nya 500k rupiah/night.
---
Fikir punya fikir, untuk malam last tu kami request upgrade ke 2 rooms villa. Dapat la harga diskaun time tu 400k rupiah/ night. YAY!
---
Mula mula pindah 2 bilik tu kami tengok, alamak.. pool dia ada ruang terbuka pula. Tak privasi rasanya. Tanya reception lagi sekali if ada tak villa lain available, terus dibaginya 3 rooms villa at no extra charges. Servis memang tiptop ?
---
1 room villa ok, 2 rooms villa just nice, 3 rooms villa terlalu besar la untuk kami 4 beranak.
---
Hotel shuttle ke sekitar #seminyak adalah free
Contohnya ke #SeminyakSquare. Ke tempat lain, ada caj. Overall, best!
Sekian, ❤️
#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz
Trip 2018 to Bali - Day 3, 04 Mar 2018 - JL. LEGIAN.
Salam & Hi All
Atau nama penuhnya Jalan Legian. Terletak di Kuta. Ini driver hotel yang suggest kami pergi sini untuk shopping. Actually, hari sebelumnya tu kami dah pergi ke kedai #agungbalioleholeh untuk lihat souvenir. Dah survey harga baru puashati boleh shopping.
---
Kitorang 4 beranak jalan kaki je ke sini dari kedai luggage tu saya tak pasti jalan apa, lupa. Tak jauh tak dekat la ke Jalan Legian ni. #feelingtourist . But of course la kena jalan berhenti jalan berhenti, ada kids kan.. sian pulak dorang letih. Bali ni banyak kenderaan, especially motor. Kitorang memang sengaja pergi kat polis, so polis tolong lintaskan ?
---
Beg anyam ni merata ada di Bali. Ada lagi satu beg anyam saya beli juga ?. Saya dah geram nak beli kat Malaysia lagi tapi pujuk hati untuk bersabar lepas perasan eh kat Bali ada jual, murah pulak tu. Pada saya, kat Malaysia ni jual mahal sikit. Ok, mungkin kos transport, kos tawar menawar, dan kos lain lain.
---
Bila jalan jalan di Legian ni saya dapati harganya lebih murah daripada Agung Bali. Legian ni deretan kedainya lebih kecil, Agung Bali kedai besar. Mungkin sewa kedai, tu yang mahal. Di Legian boleh tawar, di Agung Bali harga tetap yer. Jadi, bila tawar, dapatla saya satu beg ni dalam 210k rupiah, saiz medium (sebab ada saiz yang lagiii besar). Kalau kat Agung Bali 260k rupiah ?. Tak silap la. Maklumla, hal hal duit rupiah ni hubby yang jaga, tiapkali beli barang tiapkali tu la haku tanya, " awak, ni berapa dalam RM?" Masuk kali ke 10 tanya, dia diam dah. (abang bengang?) hahahhaha
---
Hasil shopping di #Legianstreet, dapat la sepasang untuk daddy, mommy and Auji. Anna takda yang berkenan.
---
Nak balik hotel, kami guna #gojek je, 28k rupiah. Boleh juga kalau nak guna Grabcar atau Uber tapi ada sesetengah kawasan tak support dua service ni. Ketawa pak gojek ni kami guna gojek, katanya tourist selalu guna Uber/Grab. #feelinglocal la sekejap..
TIPS:
1. Install Gojek.
2. Malu bertanya, sesat jalan.
3. Jangan tawar kalau taknak beli. Confirm nak beli, baru tawar.
4. Air mineral jangan lupa bawa dalam beg. Wet tissue pun.
5. Sentiasa awasi beg anda.
Sekian, ❤️
#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz
Trip 2018 to Bali - Day 2 - BARONG DANCE
Salam & Hi All
Day 02, 03 Mar 2018 - BARONG DANCE.
Sepatutnya untuk aktiviti pertama, kami ke Ubud melihat kraftangan dan kesenian. Tapi kami tukar ke #BarongDance ni disebabkan nak cukupkan masa supaya tak terlalu awal ke Kintamani. Ntah macamana boleh tukar plan pun tak tahu.
---
Ini adalah salah satu tarian tradisional di Bali menggunakan topeng dan kostum. Bagi saya, aktiviti ini untuk anak anak adalah tidak digalakkan. Anak anak kami dari mula dah nampak tak berminat. Alahaii.. kesian. Plus, banyak persoalan untuk dorang. Maklumlah nak kena fahamkan, nak kena story, jadi susah dorang nak faham. Emaknya nak bagi faham pun emaknya tak berapa faham, acanerrr ?
---
Tiket masuk 100k rupiah untuk dewasa, kanak kanak 50k rupiah. Bila dah bayar dapat tiket, kita diberi satu kertas mengandungi jalan cerita Barong Dance ni.
---
Apa yang dapat saya ulaskan, mungkin ini dikira salah satu khazanah kebudayaan sejarah Bali yang ingin diteruskan jadi kebanyakan pelakonnya adalah warga yang berusia, mungkin generasi muda berminat dengan kebudayaan lain. Dewan pentas hampir dipenuhi dengan pelancong saja, saya tak nampak warga tempatan kecuali krew pentas. Masuk babak kedua, beberapa penonton mula meninggalkan dewan. Tak pasti dek kerana bosan atau tak faham jalan cerita. Biasalah, benda sejarah ni tak ramai yang betul betul minat.
---
Show lebih kurang dalam 1jam. Habis show, sesi bergambar selama 5minit. Pic kami kureng sebab blur, gegar semualahh. Jadi, saya tak letak sini ? Bakal di delete dari gallery..
---
Dari hotel kami di Seminyak ke sini lebih kurang 45minit. Bergantung atas traffic ya. Dan lokasi ni di Denpasar.
---
Habis show, terus gerak ke Kintamani.
Sehingga berjumpa lagi, bye ❤️
#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz