Cerita Bulan Puasa

Published: Thursday, 15 August 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Macam dah lambat pulak nak cerita pasal bulan puasa saya. Bulan puasa tahun ni saya sepenuhnya di rumah. Seronok sebab dapat spend banyak masa dengan family especially dengan baby Anna.

day29

Ramadhan 29 dan 28, meriah sebab semua dah mula balik beraya. Makanan pun penuh meja. Ramadhan ke 27 kami makan atas jalan je sebab dalam perjalanan ke KT. Singgah bandar AlMuktafi tu dan beli kuih muih je. Bila dah sampai baru makan nasi, tu yang tak sempat nak snap pic pun. Ramadhan 26, 25 beli kat bazar je… mood raya dah mariii.. tapi macam kebiasaan seperti tahun2 sebelumnya, hidangan sahur adalah wajib masak. Walaupun berbuka tu beli makanan di pasar ramadhan, tapi sahur saya mesti masak. Kalau nak beli pastu simpan untuk sahur memang tak sedap lah kan..

day24

Susah ni nak susun pic makanan balik ni, maklumlah cerita bulan lepas. Yang penting, tahun ni kami berkesempatan menyambut 1 Ramadhan di Kuala Terengganu, rumah mertua dan balik awal untuk sambut 1 Syawal di sana. Ramadhan 24 kami berbuka di luar, Setia City Mall. Disebabkan tak buat apa2 reservation, dan bila tanya2 semua tempat full maka kita berbuka apa yang sempat sajalah ya. Nak tunggu sampai orang habis berbuka memang taklah kan.. dengan dua baby yang happy sangat dapat jalan and sorang lagi happy nak explore sana sini, apa yang ada kita ngap je lah. Hari ke 23 dan 22, saya masak. First time masak ikan siakap. Dan first time masak rebus style, cicah air asam kicap. Ewahh hubby puji sedap sampai ke la ni kembang semangkuk bila ingat ikan siakap ku itu. Hehehe. Hari ke 21 tu makan nasi kerabu beli kat bazar dan kuih wajib iaitu peneram. Yummy.

day20

Hari ke 17 sampai 19, berbuka rumah parents saya. Semua pun mestilah mama yang masak. Saya tolong apa yang patut je. Hehehe. Best berbuka ramai2. Hari ke 20 berpuasa saya masak. Bulan puasa tahun ni lebih banyak berbuka di rumah. Dan tahun ni pun lebih banyak masak dari beli lauk kat luar. Ye lah selalunya tak sempat je nak masak.

day16

Tahun ni kami sempat belajar buat nasi minyak. Sedap tu memang sedap tapi kena improve banyak lagi. Jadi lepas ni kita boleh la masak nasi minyak lagi yer. Oh, ni nasi minyak mak mertua punya style. Dan tahun ni juga hubby jadi ketua chef bahagian dessert. Dia buat egg tart and homemade ice cream. Ice cream tu dua kali dia sempat buat, sekali time balik KT, sekali kat rumah parents saya. Sedap. Next time boleh la buat untuk rumah sendiri pulak. Dan sempat juga buat ice cream goreng. Makan dengan kitkat sedapnyaaaa la haiiii..

Oklah, rasanya itu sahaja cerita bulan puasa saya. Harapnya sempat ketemu Ramadhan tahun hadapan dan perbaiki diri jadi lebih baik dan try new recipe lagi ! Yayyy ! Bye !!

Cuci Gambar Kat Photobook, Voucher LivingSocial

Published: Friday, 02 August 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Saya ada banyakkkk gambar. Dan besar jugak saiz storage hard disk nak guna.

hda

Sampai hard disk rosak pun ada (Thank you my hubby sebab godek2 hard disk saya sampai boleh save semua benda dalam tu, yay!). Nak upload ke media social memang confirm lah saya tak percaya, nak simpan begitu sahaja.. sayang.

Jadi, bila saya dah nampak LivingSocial buat voucher sebegini:

35 /39 /47 Personalised Photo Cards from Photobook Malaysia, Available in 4 Sizes, from RM15, 65x100mm, 95x140mm, 70x82mm, 70x70mm

terus cepat2 saya beli (maaf, voucher ni habis. Tak tahu lah kalau ada lagi next time. Kalau ada, cepat2 beli yer). Saya beli dua terus sebab nak cuci gambar yang pergi cuti2 tu kan, hehehe..

pba

Yang trip ke Krabi tu saya dah cuci. Happyyyy sangat. Memang sengaja beli saiz ni, kecil dan comel. Kalau ada frame besar dan panjang macam kat UITM Shah Alam tuuu, saya nak letak semuanya kat situ.

pb1a

Tapi buat masa ni takda frame, maka kita susun sajalah dalam album. Album hadiah kahwin 5tahun lepas pun tak habis guna (Thank you to those yang bagi album sebagai hadiah kahwin, berguna juga tau !)

Next project adalah cuci semua pic cuti2 China. Tak sabar. Tatah !

Kuih Wajib Beli Di Pasar Ramadhan.. Peneram !

Published: Thursday, 01 August 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Cerita trip China tu saya tunda kemudian lah yer. Rupanya ada lagi pic dari fon saya tak transfer lagi. Dah transfer baru sambung cerita.

Macamana puasa tahun ni ? Saya, Alhamdulillah Ramadhan tahun ni adalah tahun kedua saya di Shah Alam (ImissyouSetapak!). Dan of course lah dah dua tahun pergi pasar Ramadhan di sini.

Tahun lepas kami lebih kerap pergi pasar yang depan ICity tapi tahun ni belum sempat singgah situ lagi. Tahun ni asyik pergi yang dekat stadium Shah Alam tu je. Mungkin sebab selalu lalu situ je..

penerama

Dan tahun ni dah dua kali kami beli kuih peneram ni, yay ! Itu pun sebab tahun lepas dah beli, jadi tahun ni pun mesti beli jugak. Yumyum. Hari tu beli RM5 dapat 35biji habis satu hari terus, kami berempat makan. Memang tak boleh berhenti mengunyah. Baru ni beli dua hari habis terus 35biji tu. Lepas tu sekarang rasa rugi tak beli buat stok. Entah bila akan ketemu lagi, cewah. Ramadhan tahun depan ler gamaknya.

peneram1a

Oklah, sambung lain kali. Tatah !

Subcategories