Moosoozoo is officially here !

Published: Wednesday, 24 June 2015 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi All;

We are now sharing blog. Cerita akan banyak to life, family, our kids and not just all about car, campro, drag, etc. =)

Sorry bro. Blog you ni pun dah more than sawang, 2013 last posts. Fuhh !

OK, cerita panjang akan disambung kelak.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kits by: Once Upon a Time by DSB Gang

 

Bye Bye & Have a nice day !

Birthday Yang Ke 31

Published: Tuesday, 28 January 2014 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

c

… yer dah 31 tahun dah tahun 2014 ni. Tak tua sangatlah kan ? Huahuahua.

Sambutan hari lahir saya dimulai dengan keLUPAan suami tercinta akan tarikh penting ni. Sedikit teruja sebab TAK PERNAH lupa untuk wish sepanjang berkahwin. Tapi tidak mengapalah, ku anggap itu faktor usia kan sayang ?

Sebenarnya sengaja taknak ingatkan suami biar dia rasa bersalah, tapi kalau tak ingatkan beliau, siapa lagiii lah yang daku nak ingatkan. Hari penting kita tak boleh sia siakan. Maka, terus tanya dia secara direct takda kona kona.
“sayang lupa hari ni ?” =( Memang betul2 surpriseeeeeee ni…

Maka bernyanyi lah anak anak ku (video ada kat insta). Dengan gembiranya. Siap mintak kek. I mean come on, budak mana yang tak suka birthday dan kek, cakap cepatt ? Ni mak budak pun suka ok.

Terharu. Dan terharu. Ya Allah, mohon kebahagiaan ini berpanjangan hendaknya.

Macam tahun tahun lepas, birthday saya akan ada sebiji kek. Tapi tahun ni, saya cuma request nak dinner bersama keluarga. Teringin pulak nak makan dengan kesayangans saya ni. Hadiah ? Sebulan awal dah dapat dah, weehooooo !

Saya tak cari beriya pun kedai mana yang saya nak makan. Cuma cari yang di sekitar Shah Alam sahaja. Nak pergi jauh2 memang taklah kan. Nak harung jem lagi. Euwww hari yang indah tak patut diburukkan dengan kesesakan jalanraya bukan ?

m

Ok sayang, kita cuba di The Sumbs. Lokasi ? Alah senang, kat belakang stadium. Area PTPL ? Ya. Ok aku taram. Dan aku pandai2 sahaja. Padahal sama sekali SALAH. Lokasinya berdekatan Good Hope Hotel. Pergi pakai google maps ya. Ataupun masuk lorong kat Tesco Extra Seksyen 13, Shah Alam terus je sebelah kanan nampak hotel tu.

d

How was the food ? Sedappp. Maksud saya, bertepatan dengan deria rasa kami suami isteri. Macaron ? Yummy, Auji suka. Carbonara ? Awesome. Anna suka. Share dengan mummy, dan dia sahaja 4 sudu makan. Anna suka, mummy suka, Auji suka, daddy ? Daddy pun suka. Suami saya kenyang lagi time tu tapi dia makan chicken tu sedap katanya. Ada lebih, jadi bawak balik malam tu sambung makan lagi. Ok semua suka. Sila pergi cuba.

bday

Kek ? Sedap. Sengaja makan tak habis sebab nak sambung tiup lilin balik rumah. Overall, semua menepati ciptarasa. Ada terms masterchef di situ. Huahuahua.
Special sikit birthday tahun ni. Macaron dan kek by Dato’ Fazley Yaakob #sukasucre. Omgmasterchef.


Thank you hubby.
Thank you Auji & Anna.
Kau Yang Terindah. Di dalam hidupku.

Apa Cerita ?

Published: Friday, 13 December 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi,

Lamaaaaa tak update blog. Life saya masih seperti biasa. Masih lagi jadi SAHMummy kepada Anna, masih lagi hantar Auji ke school, masih lagi isteri terchenta kepada hubby sayang. Life di 2013 pun masih happy. Dan lately, masih superb. Banyak impian saya dah tercapai. Itu rahsia. Jadi, biarlah rahsia..

Saya ada banyak cerita tertunggak. Seperti trip 10hari 9malam ke Guangzhou-Hong Kong-Shenzhen (alasan: malas nak korek2 notes lama time travel hari tu), cerita birthday anak anakku yang tak buat lagi fuh! (Omaiii hardcover album pun tak buat lagi!) , cerita hari tu gi picnic, cerita jalan jalan cari makan, lalalala dan sebagainya..

Nanti lah saya cerita ok! Gambar pun banyak tak transfer lagi ke lappy. Nanti nanti dan nanti. Busy lah. Memang saya manjang busy, nak buek camno..

Macam hari ni, kami di Terengganu. Balik sebab ada wedding cousin hubby. Auji & Anna tengah demam pulak. Kejap auji, kejap anna. Anna baik, auji demam. Auji baik, anna demam. Dan begitulah sebaliknya minggu ni. Dah beberapa malam tak tidur lena mummy nya ni.

Anak2 ku, semoga cepat sembuh. Mummy banyak aktiviti nak buat. Hoh hari tu survey tix zoo negara, eh biar betul harga dia ni biar betul. Macam tak percaya, tapi pergilah tengok sendiri. Mungkin gegirl yang keliru. Macam nak tunda je trip ke zoo negara tu, nak pertimbangkan ke gambang ke ataupun ke sunway lagoon. Tapi hari tu survey ke Langkawi, macam nak pergi macam best macam nak. Ok keliru. But then Langkawi kan wishlist I, ok soon baby, soon.

Print Gambar (Lagi!) Kat Photobook, Voucher LivingSocial

Published: Thursday, 26 September 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Saya beli dua voucher ni:

35 /39 /47 Personalised Photo Cards from Photobook Malaysia, Available in 4 Sizes, from RM15, 65x100mm, 95x140mm, 70x82mm, 70x70mm

hari tu dah guna satu. Print gambar yang ke Krabi tu. Ni print gambar ke China. Pergi China tak banyak pic, mana yang ada dalam hp hubby & saya je. Ada la sikit lagi dalam DSLR. Bila dah campur2 semua pun tak sampai nak cukupkan 47 keping.

china

Gambar2 ni tak susun dalam album lagi. Penyakit M tu ada lagi, kekeke. Lepas ni nak kena siapkan album Auji & Anna pulak. Hari tu beli jugak voucher untuk album. Fuhhh tu valid sampai January 2014, harap2nya sempat la nak siapkan semua.

Babai

Resepi: Egg Tart Version Ahmad Shazwan (Lakisayatuhoi!!)

Published: Thursday, 22 August 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Bulan puasa hari tu kami (kami tu kami suami isteri yer) sempat buat egg tart. Ewah. Biasalah bulan puasa, taste nak hebat jahhh.. ok tak. Memang sengaja nak cuba buat. Tapi more to hubby yang nak try buat sebab dia punya fav. Lagipun bulan puasa kali ni memang dia dah jadi ketua chef bahagian dessert rumah kami rumah IL dan rumah myparents, kekekeke. Ibu2 bapa2 kalau nak buat egg tart secara kerjasama ni kenalah tunggu anak2 tidur macam kami ni sampai pukul 2pagi duk makan enjoy2 senyap2 egg tart ni sambil feeling dengar lagu raya tetengahmalam, huahuahua lepas tu merasa bangga hoi kita dah buat egg tart ni hoi update terus instagram let the world knows that we dah boleh bukak kedai bakeri cap hasil tangan sendiri wakakaka

Jadi, sebelum terlupa saya minta hubby taipkan resepi olahan egg tart dia ni. Harap2 boleh buat rujukan masa depan. Inilah resepi ikhlas dari dia, sekian.

PhotoGrid 1377067174847

TART TELUR MKN X BERHENTI
————————–

Untuk kali ini sy, AHMAD SHAZWAN BIN IBRAHIM akan menyediakan 1 resipi yang pastinya dapat menambat hati sesiapa sahaja. Haah resipi apa tuan2 dan puan2??? YEZZAAA TART TELUR MKN X BERHENTI!!! So apa bahan2 yg diperlukan,

Bahan utk buat crust(kulit luar)
– 1 cwn majerin
– 1/2 cwn gula
– 1 telur
– 1 sudu kecil esen vanila
– 2 cwn tepung gandum (utk permulaan jer pastu tambah sampai dough tu jadi cantik, biasanya dalam 4 atau 5 cwn)

* Besar mana cawan nak guna?! Yang paling besar kat umah korang. Muahahaha…

Bahan utk buat custard
– 4 biji telur
– 3/4 gula(kalau boleh gula aising)
– 1 cwn susu cair
– 1 sudu esen vanila
– 1 cwn air kosong

*Jgn sawan plak tgk perkataan cawan ni banyak sangat.

Cara penyediaan or cara masak, pergh ayat chef abis:
-pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati
-masukkan telur dan pukul lagi
-masukkan plak vanila esen dan tepung 2 cwn
-pas semua dah masuk, uli pki tgn, tambah tepung supaya doh menjadi cantik seperti nora danish sebelum kawin. biasanya total 4@5 cwn tepung
-bila dah siap, biarkan selama 10 minit adunan td, pastu masukkan ke dalam acuan. kalau x da acuan pakai pasu bunga mama korang pon boleh.
-panas kan oven ke 180 darjah celcius, dan bake for 15-25 minit, korang pandai2 la tgk, kaler dah cantek tu maknanya ok la…

-utk custard plak,masukkan jer sekali gus, 4 biji telur(pecahkan dulu bkn dgn kulit2 skali masuk), gula, susu cair, air kosong, dan esen vanila. mixerkan semuanya.
-nak cantek masukkan sikit kaler kuning.
-kalau mat saleh dia masak custard ni, tp bila masak ada risiko telur tu akan jd ketul2 so atas korang la nak buat cam no.

biler crust dah bake ok, kuarkan dari acuan. tuang plak custard yg dah siap mix td. panaskan oven at 180 darjah celcius dan bake for another 25-35minit.

SELAMAT MELANTAK….

 

Cerita Raya 2013

Published: Wednesday, 21 August 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

raya2013a1 300x300
Raya hari Khamis kan ? Hari Isnin tu kami dah sampai di Kuala Terengganu. Tahun ni turn raya pertama di rumah hubby. Kami ni tiap2 tahun akan raya dua2 rumah cuma bezanya raya pertama di mana saja.


Tahun ni tema nya adalah hijau zamrud or emerald green. Ewah, nama color pun nak grand jahh.. padahal sama je, hijau tua. Banyak pic raya kali ni, tapi cerita lain kali lah.

Tapi saya nak selit sekali pic raya tahun2 lepas kat sini.. Hehehe senang nak tengok nanti..

Raya 2008

bnd f
Raya 2009

raya berdua copy
Raya 2010

 

Raya 2011

 

Raya 2012

 

Semoga diberi kesempatan untuk menyambut Syawal tahun hadapan bersama keluarga lagi, amin In shaa Allah.

Tatah !

Celebrate Birthday Hubby Di Malam Raya Pertama 2013

Published: Wednesday, 21 August 2013 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Tahun ni birthday kesayangan saya ni jatuh pada bulan puasa. Tak sempat nak beli kek. Siaaannn dia. Birthday mestilah wajib ada kek, baru lah birthday kan ?

Maka, sementelah semua ahli keluarga cukup korum time raya hari tu maka saya terus nak beli kek celebrate belated birthday hubby. Hope dia suka weeeeehooo. And Secret Recipe pun bagussss sangat sebab buka kedai pada raya pertama, boleh la kita beli kek.

PhotoGrid 13770657851261

Hope apa yang sidia impikan semua tercapai dan doakan yang best2 untuk sweety ya *pingsan*

PhotoGrid 1377066154553

Terimalah pic sicantikmanis ini ketika menunggu turn nak ngap kek daddy dia. Daddyyy cepatttt saya nak kekkkkk !!! Hihihihi

Subcategories