Short getaway 3 days 2 nights #siblings ke Genting Highlands

Published: Monday, 26 November 2018 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi

More info/details for this trip in my VLog: https://youtu.be/tzygYl1LbMY

Short getaway #siblings baru ni ke Genting Highlands.
Stay di First World Hotel.
Bilik satu malam kami dapat RM100 termasuk sales & service tax, booking melalui Agoda (kami pernah dapat RM40/RM50 per night, sila rajin mencari yer).
Kami booked 3 bilik untuk 2 malam.

Ada extra charges, RM5 sebab kami request interconnecting room for our kids dan
lagi RM5 untuk satu bilik lagi sebab nak sama floor. Ini bayar time check in.

Outdoor still tak siap lagi.
Indoor nampak macam dah nak siap.

Since indoor tu tengah renovate, semua kedai pindah atas First World Hotel (nota: ikut escalator/lif berdekatan Starbucks First World)

Kami ambil Awana Skyway (cable car) ke Genting Premium Outlet (GPO) dari First World Hotel. Convenient sangat!
RM7 sehala. Pergi balik RM14 lah yer.
Budak bawah 90cm FREE.

GPO pun tak pack macam premium outlet lain, mungkin sebab weekdays. Kena pergi lagi sebab kasut kasut kat Charles & Keith sana macam cantik cantik je 🙈

Overall experience, best!
Makan je la a bit pricey 😅
Nak murah, dah check out singgah makan kat area Gohtong Jaya, murah la sikit dari kat atas tu..

//untunglah BabyAdik tu baru 3bulan dah sampai sana, mommy dulu umur dah 20tahun baru sampai sana 😘

 

Hits: 93