Trip 2018 to Bali - Day 3, 04 Mar 2018 - JL. LEGIAN.

Published: Saturday, 10 March 2018 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi All

Atau nama penuhnya Jalan Legian. Terletak di Kuta. Ini driver hotel yang suggest kami pergi sini untuk shopping. Actually, hari sebelumnya tu kami dah pergi ke kedai #agungbalioleholeh untuk lihat souvenir. Dah survey harga baru puashati boleh shopping.
---
Kitorang 4 beranak jalan kaki je ke sini dari kedai luggage tu saya tak pasti jalan apa, lupa. Tak jauh tak dekat la ke Jalan Legian ni. #feelingtourist . But of course la kena jalan berhenti jalan berhenti, ada kids kan.. sian pulak dorang letih. Bali ni banyak kenderaan, especially motor. Kitorang memang sengaja pergi kat polis, so polis tolong lintaskan 😋
---

28428070 1196467600484445 4450444918841671680 n
Beg anyam ni merata ada di Bali. Ada lagi satu beg anyam saya beli juga 😍. Saya dah geram nak beli kat Malaysia lagi tapi pujuk hati untuk bersabar lepas perasan eh kat Bali ada jual, murah pulak tu. Pada saya, kat Malaysia ni jual mahal sikit. Ok, mungkin kos transport, kos tawar menawar, dan kos lain lain.
---

28427454 210812322805370 7970676616600748032 n

28427765 169102163743906 8599071018230743040 n

28428183 591919157828890 832586917932433408 n

28436319 365684357246929 2692620224561152000 n

28430051 765168723679514 7889400553866788864 n
Bila jalan jalan di Legian ni saya dapati harganya lebih murah daripada Agung Bali. Legian ni deretan kedainya lebih kecil, Agung Bali kedai besar. Mungkin sewa kedai, tu yang mahal. Di Legian boleh tawar, di Agung Bali harga tetap yer. Jadi, bila tawar, dapatla saya satu beg ni dalam 210k rupiah, saiz medium (sebab ada saiz yang lagiii besar). Kalau kat Agung Bali 260k rupiah 🤑. Tak silap la. Maklumla, hal hal duit rupiah ni hubby yang jaga, tiapkali beli barang tiapkali tu la haku tanya, " awak, ni berapa dalam RM?" Masuk kali ke 10 tanya, dia diam dah. (abang bengang🤢) hahahhaha
---
Hasil shopping di #Legianstreet, dapat la sepasang untuk daddy, mommy and Auji. Anna takda yang berkenan.
---

28433912 171837600286175 2142714894271643648 n

Nak balik hotel, kami guna #gojek je, 28k rupiah. Boleh juga kalau nak guna Grabcar atau Uber tapi ada sesetengah kawasan tak support dua service ni. Ketawa pak gojek ni kami guna gojek, katanya tourist selalu guna Uber/Grab. #feelinglocal la sekejap..

TIPS:
1. Install Gojek.
2. Malu bertanya, sesat jalan.
3. Jangan tawar kalau taknak beli. Confirm nak beli, baru tawar.
4. Air mineral jangan lupa bawa dalam beg. Wet tissue pun. 
5. Sentiasa awasi beg anda.

Sekian, ❤️ 

#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz

Hits: 42