Trip 2018 to Bali - Day 2 - BARONG DANCE
Salam & Hi All
Day 02, 03 Mar 2018 - BARONG DANCE.
Sepatutnya untuk aktiviti pertama, kami ke Ubud melihat kraftangan dan kesenian. Tapi kami tukar ke #BarongDance ni disebabkan nak cukupkan masa supaya tak terlalu awal ke Kintamani. Ntah macamana boleh tukar plan pun tak tahu.
---
Ini adalah salah satu tarian tradisional di Bali menggunakan topeng dan kostum. Bagi saya, aktiviti ini untuk anak anak adalah tidak digalakkan. Anak anak kami dari mula dah nampak tak berminat. Alahaii.. kesian. Plus, banyak persoalan untuk dorang. Maklumlah nak kena fahamkan, nak kena story, jadi susah dorang nak faham. Emaknya nak bagi faham pun emaknya tak berapa faham, acanerrr ?
---
Tiket masuk 100k rupiah untuk dewasa, kanak kanak 50k rupiah. Bila dah bayar dapat tiket, kita diberi satu kertas mengandungi jalan cerita Barong Dance ni.
---
Apa yang dapat saya ulaskan, mungkin ini dikira salah satu khazanah kebudayaan sejarah Bali yang ingin diteruskan jadi kebanyakan pelakonnya adalah warga yang berusia, mungkin generasi muda berminat dengan kebudayaan lain. Dewan pentas hampir dipenuhi dengan pelancong saja, saya tak nampak warga tempatan kecuali krew pentas. Masuk babak kedua, beberapa penonton mula meninggalkan dewan. Tak pasti dek kerana bosan atau tak faham jalan cerita. Biasalah, benda sejarah ni tak ramai yang betul betul minat.
---
Show lebih kurang dalam 1jam. Habis show, sesi bergambar selama 5minit. Pic kami kureng sebab blur, gegar semualahh. Jadi, saya tak letak sini ? Bakal di delete dari gallery..
---
Dari hotel kami di Seminyak ke sini lebih kurang 45minit. Bergantung atas traffic ya. Dan lokasi ni di Denpasar.
---
Habis show, terus gerak ke Kintamani.
Sehingga berjumpa lagi, bye ❤️
#baliindonesia
#mybalitrips
#cuticuti2018msz
Hits: 2420