AlFatihah Untuk Mama

Published: Thursday, 30 March 2017 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi All

test1

 

Saya kehilangan ibu pada 19 Mac yang lalu. Meskipun pahit untuk diingati namun kenangan manis tetap menerpa di ingatan. Siapa yang tak sedih atas sebuah kehilangan... seorang yang banyak (terlalu banyak!) menyokong setiap apa yang saya lakukan, seorang yang selalu memberi semangat di saat saya jatuh, seorang yang selalu ada di sisi.. mama, i love you !

 

Kata nasihatnya akan selalu saya ingat

Kesabaran dan kecekalan hatinya sumber inspirasi saya

Kesederhanaannya.. moga saya tidak lupa dan alpa akan dunia

Semoga saya terus melangkah dan membuat kebaikan deminya

 

Hidup hanya sementara..

 

Kasihnya ibu membawa ke syurga

Kasihnya ayah sanggupkah berpisah

 

Alfatihah untuk Mama.

Ija sayang mama.

REVIEW: 2 hari 1 malam di The Royale Chulan Damansara

Published: Wednesday, 29 March 2017 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

Kami berkesempatan meluangkan masa di sini The Royale Chulan Damansara, tak lama pun. Check in Sabtu 18 Mar dan Check out Ahad 19 Mar (ya, ibu saya ke Rahmatullah pada hari sama. Half way to airport, kami terus balik rumah parents dan hubby cancel his flight).

Sebenarnya Sabtu tu saya ada kerja di kawasan berdekatan dan kebetulan sepatutnya Ahad hubby akan outstation.

Plan yang tidak dirancang pun. Pujuk - pujuk hubby baru boleh pergi. 

Kami booked Superior Room, late check in sebab kerja habis lewat hari tu. Bilik memang cantik. Bila dah check in baru perasan booked room without breakfast, hmm. Tak perasan langsung. We booked through Agoda. Senang dan pantas. 

Yang paling best, hotel ni attached to E-Curve. From E-Curve terus masuk The Curve pastu terus boleh masuk Ikea.  So senang siapa - siapa yang nak shopping tu, boleh terus shopping. Cuma jauh sikit nak jalan.

Malam tu for dinner kami order Nasi Goreng hotel je, servis bagus. Food service 24hours tau. Dan disebabkan booked room without breakfast, lalu berjalan lah kami ke McDonald's pagi - pagi itu. Tak lah jauh sangat dan tak lah dekat sangat, ok ok je.

Cuma, bila nak bancuh air kat bilik baru perasan mug yang disediakan tidak dibersihkan. Tuala yang disediakan pun ada sehelai sahaja. The rest all okay. Oh, kalau bawa anak - anak boleh cuba main Ice Skating, indoor games dalam bangunan hotel, berdekatan dengan restoran hotel.

Bye! 

REVIEW: 5 hari 4 malam di Simfoni Resort, Langkawi

Published: Sunday, 18 September 2016 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi

WhatsApp Image 2017 04 02 at 2.05.03 PM

Kami pilih hotel Simfoni Resort, Langkawi ni sebab bila baca review sesuai untuk keluarga. Yang penting, ada lif. Maklumla bawa warga emas. Bilik semuanya okay. Kami ambil yang 1 apartment 2 bilik. Pergi ramai so kami booked 2 apartment. Cukupla untuk 3 adik lelaki, atuk, mama, abah, adik perempuan saya, suami saya dan anak anak. Kami booked pun melalui Agoda, senang dan pantas. Baca review dan terus booked.

Apartment ni ada dapur kecil. Tak pasti boleh masak ke tak. Tapi setakat masak maggi atau masak air panas boleh je. Peti ais pun ada.

Ada balkoni, sesuai untuk lepak santai. Untuk pic hotel dan bilik, boleh tengok di website hotel ya.

Katil untuk setiap bilik kami adalah queen ya. Oh ini yang apartment saya, kalau apartment adik lelaki, 1 bilik tu queen bed dan satu lagi bilik ada 2 single bed.

WhatsApp Image 2017 04 02 at 1.46.09 PM

Makanan - sarapan banyak choice. Untuk makan tengahari atau waktu lain kami makan di luar. Untuk sarapan, cukuplah untuk alas perut sebelum nak explore Langkawi. Ada cereals, ada roti, bihun, bubur eh ada macam macam lagi. Tak silap saya, 1 apartment ada sarapan untuk 4 orang.

Lokasi - di pekan Kuah. Tak jauh la dengan Restoran Wan Thai kegemaran kami sekeluarga tu. Eh eh teringat ingat la kerabu mangga dia, hish. Nak kemana mana pun senang sebab hotel ni tengah bandar Langkawi. Ada KFC yang 24 jam but kalau nak pergi still kena naik kereta tau.

Overall, kami enjoy trip kali ni.. yang penting semua happy! Dapat luangkan masa bersama keluarga itu yang paling penting..

Untuk view VLOG trip kami ni:

Family Trip to Langkawi Island 2016 - Part 1

Family Trip to Langkawi Island 2016 - Part 2

Family Trip to Langkawi Island 2016 - Part 3

Family Trip to Langkawi Island 2016 - Part 4

Baby Ke 3

Published: Thursday, 08 September 2016 Written by Si Rusuk Kiri

 

Ada banyak perkara yang kita rancang akan jadi kenyataan. Tapi ada banyak perkara juga yang kita rancang tidak menjadi seperti mana yang kita inginkan.

 

Saya keguguran di minggu ke 13. Alhamdulillah prosedur ERPOC selamat saya jalani pada 05 September 2016 ( Isnin) di Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam. Cuti sakit selama 14 hari.

 

Mengikut doktor, baby dalam kandungan mungkin telah meninggal 4 minggu yang lepas (anggaran). Tiada sebarang tanda yang saya alami contohnya darah atau sakit perut. Kebetulan kami buat follow up untuk scan. Dan kemudiannya diminta rujuk kepada doktor pakar.

 

Emosi saya masih agak tidak stabil ketika ini. Sedih tapi masih dapat dikawal. Kadangkala.. sukar dibendung. Macam nak cerita ni pun tiba tiba hiba. Apakah.

 

Sekadar ingatan di masa depan, fakta tentang kandungan ke 3 ini:
1. Saya suka makan mangga muda
2. Saya kurang makan malam
3. Saya mula makan folic acid di minggu ke 6
4. Saya mudah marah. Emosi agak tidak stabil
5. Saya diserang cirit birit selama 3 hari. 
6. Saya terus melakukan kerja rumah seperti biasa. Kerana kandungan sebelum ini tiada masalah.
7. Snek di antara lunch dan dinner saya mulakan di minggu ke 6.
8. Loya di pagi hari itu biasa. 
9. Fokus kerja kadangkala diganggu terganggu dan mengganggu.
10. Saya suka makan buah rambutan dan longan dalam tin.

 

Terima kasih suami sayang sebab banyak tolong saya, menemani dan menasihati saya melalui kesemua proses ini. Tak dapat saya balas kebaikannya. Terima kasih mama, mak, family yang bersusah payah datang tolong dan jenguk saya sebaik sahaja tahu berita mengenai saya ini. Kawan kawan yang banyak doakan saya.

 

Susah kami nak terangkan pada Auji dan Anna yang baby dalam perut mummy dah takda. Bila kami dah explain, takda dah soalan tentang baby. Bagusnya kecil lagi dah faham perancangan Allah yang satu ini. Semoga syurga buat mu anak anak kami.

Moosoozoo is officially here !

Published: Wednesday, 24 June 2015 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi All;

We are now sharing blog. Cerita akan banyak to life, family, our kids and not just all about car, campro, drag, etc. =)

Sorry bro. Blog you ni pun dah more than sawang, 2013 last posts. Fuhh !

OK, cerita panjang akan disambung kelak.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kits by: Once Upon a Time by DSB Gang

 

Bye Bye & Have a nice day !

Birthday Yang Ke 31

Published: Tuesday, 28 January 2014 Written by Si Rusuk Kiri

Salam & Hi;

c

… yer dah 31 tahun dah tahun 2014 ni. Tak tua sangatlah kan ? Huahuahua.

Sambutan hari lahir saya dimulai dengan keLUPAan suami tercinta akan tarikh penting ni. Sedikit teruja sebab TAK PERNAH lupa untuk wish sepanjang berkahwin. Tapi tidak mengapalah, ku anggap itu faktor usia kan sayang ?

Sebenarnya sengaja taknak ingatkan suami biar dia rasa bersalah, tapi kalau tak ingatkan beliau, siapa lagiii lah yang daku nak ingatkan. Hari penting kita tak boleh sia siakan. Maka, terus tanya dia secara direct takda kona kona.
“sayang lupa hari ni ?” =( Memang betul2 surpriseeeeeee ni…

Maka bernyanyi lah anak anak ku (video ada kat insta). Dengan gembiranya. Siap mintak kek. I mean come on, budak mana yang tak suka birthday dan kek, cakap cepatt ? Ni mak budak pun suka ok.

Terharu. Dan terharu. Ya Allah, mohon kebahagiaan ini berpanjangan hendaknya.

Macam tahun tahun lepas, birthday saya akan ada sebiji kek. Tapi tahun ni, saya cuma request nak dinner bersama keluarga. Teringin pulak nak makan dengan kesayangans saya ni. Hadiah ? Sebulan awal dah dapat dah, weehooooo !

Saya tak cari beriya pun kedai mana yang saya nak makan. Cuma cari yang di sekitar Shah Alam sahaja. Nak pergi jauh2 memang taklah kan. Nak harung jem lagi. Euwww hari yang indah tak patut diburukkan dengan kesesakan jalanraya bukan ?

m

Ok sayang, kita cuba di The Sumbs. Lokasi ? Alah senang, kat belakang stadium. Area PTPL ? Ya. Ok aku taram. Dan aku pandai2 sahaja. Padahal sama sekali SALAH. Lokasinya berdekatan Good Hope Hotel. Pergi pakai google maps ya. Ataupun masuk lorong kat Tesco Extra Seksyen 13, Shah Alam terus je sebelah kanan nampak hotel tu.

d

How was the food ? Sedappp. Maksud saya, bertepatan dengan deria rasa kami suami isteri. Macaron ? Yummy, Auji suka. Carbonara ? Awesome. Anna suka. Share dengan mummy, dan dia sahaja 4 sudu makan. Anna suka, mummy suka, Auji suka, daddy ? Daddy pun suka. Suami saya kenyang lagi time tu tapi dia makan chicken tu sedap katanya. Ada lebih, jadi bawak balik malam tu sambung makan lagi. Ok semua suka. Sila pergi cuba.

bday

Kek ? Sedap. Sengaja makan tak habis sebab nak sambung tiup lilin balik rumah. Overall, semua menepati ciptarasa. Ada terms masterchef di situ. Huahuahua.
Special sikit birthday tahun ni. Macaron dan kek by Dato’ Fazley Yaakob #sukasucre. Omgmasterchef.


Thank you hubby.
Thank you Auji & Anna.
Kau Yang Terindah. Di dalam hidupku.

Subcategories