Sambal Penyet
Salam & Hi;
Apa khabar korang masa musim PKP ni ?
Sambal Penyet.
Sikit hari lagi, mungkin semua resepi kita habis cuba ?
#SambalAyamPenyet ni dalam bayangan kita sebelum dia jadi, sambal ni mesti tak hancur semuanya, ada cili merah, minyak tak banyak, pedas cukup rasa, masam manis semua ok, ayam goreng kena panas. Pehhh ?..
.
Tapi yang kita buat ni kureng pedas la, pada kita laa.. hubby kata ok dah level kepedasannya. Tapi kita rasa kena tambah cili lagi next time ?
Lauk pun masa PKP ni versi jimat cermat ok, kita tanya hubby, ok ke nak goreng sosej n burger je buat lauk, dia cakap okayy je ? . Makan apa ada, seadanya. Alhamdulillah.
Humble sangat lauk kita ni bang ? #MasssMasak
Happy 8th, Anna !
Salam & Hi;
April adalah bulan birthday Auji & Anna. Tahun ni takda party seperti kebiasaannya. Sorry sayang sayang ku!
Anyway, Happy 8th, Anna ?
One day Anna mesti akan ingat birthday Anna masa 8 tahun, kita kena duduk rumah sebab ada PKP, ada Covid 19 satu dunia ada, tak boleh pergi mana mana, kena jaga kesihatan, jaga diri, jaga family.. We ? you so much ✨
Hadiah Anna pun mommy daddy tak beli lagi. Daddy suggest bila dah ok semua ni, kita pergi je kedai toys and suruh Auji Anna pilih apa nak, senangggg.
Yelah, sebab mommy risau nak beli online masa musim sakit ni.
Jadi, for today, mommy pagi pagi dah buat Cheesekut seperti yang Anna nak. Daddy keluar dan tapau Burger King. Kita makan ramai ramai. Party macam ni pun ok kan ?
Doa mommy daddy, semoga Anna jadi anak yang solehah, jaga diri, hiasi peribadi, tak berapa bijak takpa, tapi hati kena selalu baik. Happy happy selalu. Sentiasa buat yang terbaik. Usaha dan tawakal. Kena selalu ingat pesan ni okay.
Bye!
Resepi Basque Burnt Cheese Cake - confirm jadi!
Salam & Hi;
Today I can call myself a baker ?
Kek ni i dah cuba beberapa kali dan anak anak suka. Last sekali i cuba letak whipping cream but family tak berapa suka, mungkin dah biasa makan versi yang takda whipping cream.
Boleh cuba ya!
#basquecheesecake rasanya kek terpaling senang kot.
Buat terus jadi.
Cuma i rasa macam terletak banyak perahan lemon pulak.
Dalam resepi kena letak 1 sudu je.
But dah last last step tu i feel i dah macam real baker so i just perah je lemon tu sesedap hati i ?
End up rasa masam lebih sikit.
But ok je sebab tak muak
Well sapa nak cakap ok kan kalau tak baker sendiri ?
Resepi Basque Burnt Cheese Cake yang i cuba:
250gm cream cheese
2 biji telo gred B
8 sudu gula (tambah kalau nak manis)
1 sudu perahan lemon
1 sudu tepung gandum
esen vanila
garam kalau nak, tapi i tak letak.
Nak guna whipping cream or heavy cream pun boleh, terpulang.
Tips: bila kek dah masak, biarkan sejuk sekejap dalam oven. Lepas tu baru keluarkan.
Dah betul betul sejuk, baru masuk peti ais untuk kesan yang lebih sedap, hehehe.
Eh, dah jadi baker ke ?? #MasssMasak
Setelah 7 hari RMO
Salam & Hi;
Seminggu RMO. Dah draft entri yang lain, tapi ntah mana hilangnya. Jadi pakai caption instagram je, cuma tambah sikit cerita, bagi details.
Hey, macamana uols? Okay?
Semoga semuanya okay okay belaka ?
Kami, alhamdulillah.
Saja nak cerita aktiviti yang kami dah buat sepanjang seminggu ni ⤵️
.
1. Husband tolong siang ikan & ayam. Hey, selama ni cakap dia manjang busy kan.. nah.. sekarang punyalah banyak masa di rumah. Dia juga masak megi, tolong on off aircond & kipas malam malam (sejuk! baru lepas bersih), ambilkan air tengah malam kita haus.. alahaii thank you love! The real BAE lahhhhh hehehe
2. Hari kedua dah siap cuci aircond & kipas bilik. Kita buat rutin baru - Tasmik setiap Khamis malam. Isyak jemaah.
3. Tadarus setiap malam, tambahan dengan kerja rumah hafazan. Berjaya habiskan 1 juzuk dengan Auji Anna, setakat seminggu pertama ni.
4. Mencuba resepi baru, #dalgonacoffee. Konsep apa yang ada je. Because fresh milk habis so i guna susu pekat manis. Malas nak keluarkan mixer so i guna apa yang ada je (rujuk gambar ⤴️)
5. Auji keluarkan semua koleksi kereta, nak bagi Adik main. Adik suka kereta pulak lately ni.
6. Improve skill masak nasi goreng guna pan. Biasa guna kuali je ? Actually mula mula terliur tengok nasi goreng mak Hanis Zalikha, NaniRostam. Pastu kita pun try lahhh..
7. Hubby beli Matcha Donuts dari Tesco. Not bad. Ada lagi satu peket donuts dia beli, colorful sprinkles - white chocolate, yang tu memang semorang dalam rumah ni suka!
8. Semalam, dapat roti yaay! OMG hubby beli roti macam eh perli kita ke banggggg.. banyak nau.. but sepeket roti potato tu sehari boleh habis Auji Anna pun suka.
9. Bila dah hari hari masak, sampai tepu nak fikir menu. Kita masak je ikut kreativiti kita ? Auji Anna pulak suka kari, senang kerja kita. Kita cuba kari tanpa santan. Maklumlah, santan ni aset time gini. Hubby cakap, 2 hari sama boleh la layan kari, pastu boring dah hahahaha.. Aha, kita cuba juga buat cheesekut & kek 3 bahan, semua sukaaa ! Auji siap mintak lagi cheesekut tu untuk birthday ? Baiklah sayang, kek pun kita taktahu nak order mana, next month birthday Auji Anna, mommy bake je okay!
10. Dan lastly, belajarlah bersyukur. Berjimat cermat. Dan yang penting, jangan membazir. Perjalanan masih panjang ni ?
Saya berdoa dan berharap, semoga kita semua tabah dan dilindungiNya. Stay strong ?
Beli apa di Kedai Eco RM2 ?
Salam & Hi;
..bahaya masuk kedai ni, serius!
Sebelum pergi, beriya buat senarai apa yang nak dibeli. Bila sampai sana, habis shopping dengan barang yang takda dalam senarai pun, hehe.
Saya dah beberapa kali pergi, dan pergi cawangan yang berlainan. Semuanya seronok, yelah RM2.10 saja barangnya, memang seronoklah ambik itu ini.
Boleh lah ambil idea nak beli apa pulak lepas ni ya.
Jom tengok hasil menuai di #kedai2ringgit ? (read: Eco Shop RM2.10)
Disebabkan balik teganu baru ni sempat window shopping je (tak bawa cash banyak, kalau nak guna kad kena spend RM50 ke atas, omg nak beli apa banyak sangat barang RM2 sampai RM50 ? KONONNNN)
Nota: Ini baru separuh barang kita tunjuk. Barang barang ni muat satu baldi (pun beli!).
1. Silikon brush & spatula (sebab baru ni bake muffin banana nutella baru perasan takda benda ni ? #alasankukuh
2. Binding clips - nak kepil resit
3. Steel wool - lama dah cari ni, tak jumpa. Nak sental kuali yang hitam tu, dapur berjelaga stress mak ? (induction cooker, you dalam pertimbangan)
4. Plastik sampah - OMG!! rasa nak borong semua especially bau coffee & serai yummy! Tapi takpa kita cuba dulu ok ke tak. Kalau ok, baru kita borong semua.
5. Penyangkut bentuk S tu last kita beli kat Ikea sebab tak jumpa tempat lain (or selama ni tak cari, bila masuk kedai 2rgt terus rasa eh wajib beli lah sebab rm2 ?)
6. Acuan kuih semperit tu kita beli sebab nak try buat churros. Tak larat mak nak dengar anak asyik mintak churros je. Doakan sis ok. Walaupun lambat janji buat hahaha
7. ? Pisau pemotong buah tu lamaaaa dah cari, belum cuba. Harap ok la.
8. Glitter glue tu untuk kelas seni Auji Anna. Semenjak dah ada box storage untuk barang barang seni, terus semangat kita nak penuhkan (supaya taklah mak nya naik angin, esok seni tapi malam ni baru ingat nak pergi beli itu ini, barang seni bukannya murah..) TAPI mommy pun nak cuba untuk planner mommy ?
#mszminiblog
Part 2 - Hasil menuai di #kedai2ringgit ? (read: Eco Shop RM2.10)
.
Basically, beli semua ni nak cuba dulu. Kalau ok, boleh beli lagi ✌️
.
Sila doakan sis berjaya jahit butang baju kurung sekolah Anna (Amin..) . Tu yang beli butang ?
RM2.
Dan akhir sekali, lupa nak update barang sekolah Auji & Anna tahun ni.
Yang ni semuanya dari @ecoshop.my yakni RM2/pc.
Botol air dah jatuh pecah kat kelas Auji. But mommy tak ralat lah ?
Selipar tu sebelum ni dah beli untuk Anna. Kali ni beli untuk Auji. Walaupun dia cakap, geli lah tengok corak dia mommy ?
Drawing block pulak tak banyak guna tahun ni. Sebab tahun ni sekolah dorang guna buku saiz macam kertas lukisan pulak.
Gam setakat ni ok. Tak habis lagi. Auji Anna pun tak mintak yang baru lagi, bermakna gam boleh beli lagi la kat sini.
Overall, mana yang ok boleh beli sini. Buat tambah tambah ✌️
Bye!